Sunday, May 11, 2014

KEUTAMAAN UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W

KEUTAMAAN UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W


Firman Allah Ta’ala:

“ Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahlul Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik.[QS.3:110] Mereka sekali-kali tidak akan mempu membuat mudharat kepada kamu, selain dari gangguan-gangguan saja. Dan jika mereka berperang dengan kamu, pastilah mereka berbalik melarikan diri ke belakang (kalah). Kemudian mereka tidak mendapat pertolongan.[QS.3:111]Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia, dan mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah dan mereka diliputi kerendahan. Yang demikian itu kerana mereka kafir kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para Nabi tanpa alasan yang benar. Yang demikian itu disebabkan mereka durhaka dan melampaui batas."[QS.3:112]

[ Surah Ali 'Imran, Ayat 110-112 ]

Allah Ta’ala mengabarkan kepada umat Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam, bahawa mereka adalah sebaik-baik umat, Dia berfirman, “Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia.” Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, mengenai ayat ini, “Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia.” Ia berkata, “Kalian adalah manusia terbaik untuk menyelamatkan yang lainnya. Ketika kalian datang, belenggu-belenggu melilit di leher mereka. Kemudian belenggu itu akan terlepas, begitu mereka masuk Islam.”

[ Fathul Baari (VIII/351). [Al-Bukhari (no.4557)]

Demikian juga yang dikatakan oleh Ibnu ‘Abbas, Mujahid, ‘Athiyyah al-‘Aufi, ‘Ikrimah, ‘Atha’, dan ar-Rabi’ bin Anas: “Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia”. Iaitu sebaik-baik manusia bagi manusia lainnya.
[ Ibnu Abi Hatim (II/472,473) ]

Maknanya, bahawa mereka adalah umat terbaik dan manusia yang bermanfaat bagi yang lainnya. Kerana itu Allah berfirman: “Menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar, dan beriman kepada Allah.” Dalam kitab Musnad Imam Ahmad, kitab Jaami’ at-Tirmidzi, kitab Sunan Ibnu Majah, dan Mustadrak al-Hakim, diriwayatkan dari Hakim bin Mu’awiyah bin Haidah, dari ayahnya, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“ Kalian setara dengan tujuh puluh umat, dan kalian adalah umat yang terbaik dan paling mulia di sisi Allah Ta’ala”

[ Hadith riwayat Ahmad (V/3), Tuhfatul Ahwadzi (VIII/352) dan Ibnu Majah (II/1433). Hasan: at-Tirmidzi (no.3001), Ibnu Majah (no.4288). Dihasankan oleh Syaikh al-Albani rah. Dalam Shahiihul Jaami’ (no.2301) ].

Ini adalah hadith yang masyhur, dan dihasankan oleh at-Tirmidzi.

Dan hal senada diriwayatkan dari hadith Mu’adz bin Jabal dan Abu Sa’id r.a. Umat ini menjadi terkemuka dalam kebaikan, tiada lain kerana Nabinya, iaitu Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Hal ini kerana baginda adalah makhluk terhormat dan Rasul yang paling mulia di sisi Allah. Baginda diutuskan membawa syari’at yang sempurna dan agung, serta belum pernah diturunkan kepada seorang Nabi ataupun Rasul sebelumnya. Beramal di atas manhaj dan pedoman baginda, walau hanya sedikit, tidak akan terkejar oleh amal umat lainnya, sekalipun banyak. Hal ini sebagaimana diriwayatkan Imam Ahmad dari Muhammad bin ‘Ali Ibnu al-Hanafiyah, bahawa ia pernah mendengar ‘Ali bin Abi Thalib r.a mengatakan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“ Aku diberi anugerah yang tidak diberikan kepada seorang Nabi pun.” Lalu kami bertanya: “Apakah itu, wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: “Aku diberi pertolongan denga rasa takut (yang menghinggapi musuh). Aku pun dianugerahi kunci-kunci bumi, diberi nama Ahmad, dan dijadikan bumi ini bagiku untuk bersuci, serta umatku dijadikan sebagai umat yang terbaik.”

[ Ahmad (I/98) [Hasan: Dihasankan oleh al-Haitsami dalam Majma’uz Zawaaid (no.1406), demikian juga Syaikh Syu’aib al-Arnauth ].

(Ibnu Katsir berkata), “Sanad hadith ini hasan.”

Banyak hadith yang berkenaan dengan masalah ini, dan sebahagiannya tepat untuk disebutkan disini.: Diriwayatkan dalam kitab Shahiihain dari riwayat az-Zuhri dari Sa’id bin al-Musayyab bahawa Abu Hurairah r.a menyampaikan kepadanya bahawa ia berkata: “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“ Segolongan daripada umatku akan masuk Syurga, jumlah mereka tujuh puluh ribu. Wajah-wajah mereka bersinar laksana cahaya bulan pada malam purnama.” Abu Hurairah berkata: “Maka bangkitlah ‘Ukkasyah bin Mihshan al-Asadi sambil mengangkat pakaian yang dikenakannya, ia berkata: ‘Wahai Rasulullah, mohonlah kepada Allah agar aku termasuk golongan mereka.’ Maka Rasulullah berdo’a: ‘Ya Allah, jadikanlah ia termasuk golongan mereka.’ Kemudian berdirilah seorang lelaki Anshar dan berkata: “Wahai Rasulullah, mohonlah kepada Allah agar aku pun termasuk golongan mereka.” Nabi berkata: “Engkau telah didahului oleh ‘Ukkasyah”.

[ Fathul Baari (XI/413) dan Muslim (I/197). [Al-Bukhari (no.5811), Muslim (no.216)].

Imam Ahmad meriwayatkan dari Jabir r.a bahawa ia mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“ Sungguh aku berharap, agar umat yang mengikutiku di hari Kiamat dapat mencapai seperempat dari penghuni Syurga.” Maka kami pun bertakbir. Kemudian baginda melanjutkan lagi: “Aku berharap jumlah mereka dapat menjadi sepertiga dari jumlah keseluruhan umat manusia.” Maka kami pun bertakbir. Kemudian baginda berkata: “Aku berharap mereka dapat menjadi setengahnya”.

[ Ahmad (III/346). [Sanad riwayat Ahmad dengan jalur ini didhaifkan oleh Syaikh Syu’aib al-Arnauth, kerana lemahnya hafalan seorang rawi yang bernama Ibnu Lahi’ah ].

Demikian pula Imam Ahmad meriwayatkan hadith ini dari jalur lain dan jalur tersebut sesuai dengan syarat Muslim. [ Ahmad (III/383). [Syaikh al-Arnauth berkata: “Sanad hadith ini shahih, sesuai dengan syarat periwayatan Imam Muslim.”]

Dalam kitab Shahiihain disebutkan sebuah hadith dari ‘Abdullah bin Mas’ud, ia berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada kami:

“ Sukakah kalian menjadi seperempat penghuni Syurga?” maka kami pun bertakbir. Lalu baginda bersabda: “Sukakah kalian menjadi sepertiga penghuni Syurga?” Maka kami pun bertakbir. Kemudian baginda bersabda: “Sungguh aku sangat berharap agar kalian menjadi setengah penghuni Syurga.”

[ Fathul Baari (XI/385) dan Muslim (I/200). [Al-Bukhari (no.6528), Muslim Shahiihul Jaami’ (no.2526) ].

(hadith lain), Imam Ahmad meriwayatkan dari Buraidah r.a, bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“ Penduduk Syurga terdiri dari seratus dua puluh shaf (barisan). Dan umat ini adalah delapan puluh Shaf darinya.”

[ Ahmad (V/355). [Dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani rah. dalam kitabnya Shahiihul Jaami’ (no.2526) ]. Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan ia mengatakan: “Hadith ini Hasan. [ Tuhfatul Ahwadzi (VII/256). [At-Tirmidzi (no.2546)]. Demikian juga Ibnu Majah. [Ibnu Majah (II/134) [Ibnu Majah (no.4289) ].

‘Abdurrazaq meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:

“ Kita adalah umat terakhir, namun yang pertama pada hari Kiamat. Kita adalah umat yang pertama kali masuk Syurga, walaupun umat yang lain diberikan Kitab sebelum kita, sedangkan kita diberikan Kitab setelah mereka. Lalu Allah menunjukkan kebenaran kepada kita dari apa yang mereka perselisihkan. Maka hari ini (hari Jumaat) yang mereka perselisihkan adalah milik kita. Dan dalam hal ini manusia mengikuti kita. Adapun bagi Yahudi adalah besok (hari Sabtu) dan untuk Nashrani adalah lusa (hari Ahad).” Hadith senada diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim secara marfu’.
[ Al-Bukhari (896,3486,3487) dan Muslim (855).] -http://setofschoolwork.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment